Recents in Beach

10 ciri-ciri seller yang berjaya dan bertahan lama menjual di eBay


Sebagai orang berniaga, kita tak akan lari dari risiko. Untung rugi itu mainan. Ada kalanya sales mencanak naik. Ada kala bank akaun sendu. So apa yang perlu dilakukan?

Apa tips atau ciri-ciri untuk berjaya dan bertahan lama di eBay? Teruskan membaca.

1. Anda sentiasa produktif


Perlu pandai menguruskan masa dengan betul dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan faedah dan berimpak tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan jualan.

Sebagai contoh, Sediakan templete copy & paste untuk menjawab soalan-soalan lazim customer. Selain itu, rajinkan diri untuk membuat produk research untuk identify produk apa yang mendapat permintaan.

2. Sentiasa flexsibel untuk berubah


Perubahan sentiasa berlaku dalam kehidupan, pekerjaan dan juga bisnes. Sebagai contoh jika barang yang hari ni laku keras belum tentu tahun depan, bulan hadapan ataupun minggu depan.

Kena sentiasa mencari dan mengkaji barang apa yang ada permintaan di eBay.

3. Suka membantu orang lain


Dunia ni pelik. Orang yang kita bantu belum tentu akan bantu kita di kemudian hari. Tetapi orang lain pula yang akan tolong kita di masa hadapan.

Tips nya ialah bila kita tolong orang, lupakan sahaja pertolongan kita itu. Insha Allah di masa hadapan akan ada orang lain pula yang akan tolong kita.

Saya sangat teruja dan bersyukur kerana budaya bantu membantu ini wujud di dalam support group pembeli Xport Mudah.

Terdapat sangat ramai pemula a.k.a newbie di dalam group bertanyakan pelbagai soalan-soalan dan ianya dibantu oleh senior-senior yang sedia ada.

Malah founder Panduan Xport Mudah sendiri sangat rajin respon dengan soalan-soalan. Siap tolong check kan akaun bagi yang stuck. Tahniah!

4. Mendampingi orang yang berjaya


Orang berjaya ni ada power ataupun aura mereka tersendiri. Ini yang kita perlukan untuk mendapatkan aura kejayaan.

Ketahuilah bahawa, kebanyakan seller eBay yang berjaya kini dahulunya juga seorang newbie yang dahagakan ilmu dan sentiasa berusaha.

So mereka layak untuk apa yang diusahakan.

5. Ada sparring partner


Ini sangat penting. Jika anda tersasar dari landasan, ada seseorang yang boleh bercakap dan minta pandangan. Ada kalanya apa yang kawan ataupun sparring partner cakap tu anda sudah tahu.

Tetapi sebagai manusia biasa adakalanya kita berasa down. Jika anda tiada sparring partner, anda boleh hadiri bengkel ataupun kelas. Mereka yang datang bengkel ni memang minat dan tujuan yang sama.

6. Jangan selalu merungut dan mengeluh


Ini perkara biasa. Ada yang pm personal saya di facebook mengeluh sebab stuck di peringkat awal nak menjual di eBay.

Ada juga buyer dari panduan yang lain pm yang sama dan mengharapkan untuk menyediakan support group kerana pakej yang dibeli tidak mempunyai support group. Part ni susah sikit nak tolong kecuali dia nak join personal coaching.

Pointnya, tak kisah dari siapa anda membeli panduan, usahakan dahulu. Rujuk ebook atau video jika disediakan. Ingat, kata-kata yang keluar dari mulut dan minda kita adalah doa.

7. Berupaya meningkatkan motivasi sendiri


Sentiasa mencari cara tersendiri untuk motivate diri agar masuk balik ke landasan yang betul. Antara kaedah untuk boost up motivasi, boleh rujuk point nombor 3, 4, dan 5.

8. Explore perkara baru


Cara pengurusan sekarang mungkin berbeza dengan masa hadapan. Dengan kemajuan teknologi, terdapat banyak perisian baru bagi mencepatkan kerja sekarang.

Antaranya sistem perisian Terapeak. Tambahanan pula, eBay agak kerap melakukan kemaskini terhadap sistem sedia ada.

Join community group yang mempunyai minat yang sama. InsyaAllah segala perkembangan terbaru tentu dikongsikan dikalangan ahli.

9. Apabila orang lain berjaya, anda suka


Kejayaan orang lain memberi inspirasi untuk anda lebih maju dan berusaha untuk berjaya. Sebagai contoh, dalam group support Xport mudah. Newbie yang baru sahaja listing produk dah berjaya buat jualan eventhough produk belum ada lagi!

Ada yang baru 9 jam membeli panduan Xport Mudah, sudah buat jualan yang pertama. Posting-posting sebegini mampu memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

10. Tidak mudah untuk berputus asa


Sentiasa cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Jadikan tabiat tidak mudah cepat berputus asa. Buat sampai jadi insyaAllah, bila masuk jualan anda akan merasakan usaha selama ini sangat berbaloi!

Post a Comment

0 Comments