Recents in Beach

5 jenis produk yang terjual di eBay kurang dari 5 saat


Seperti yang kita semua maklum, eBay merupakan antara website ecommerce terbesar di dunia. Dengan sejumlah 180 juta active buyers, maka eBay di hujani transaksi berbillion us dolar.

Untuk 1st quarter 2019 sahaja, total transaksi jualan sudah mencecah $22.6 Billion!

Antara negara-negera yang aktif menggunakan platform eBay adalah seperti United Stated, United Kingdom, Australia dan Germany.

Di bawah ini saya senaraikan 5 produk yang terjual setiap saat hanya di eBay US dan UK.

  • Jam tangan terjual di eBay setiap 5 saat
  • Smartphone terjual di eBay setiap 5 saat
  • Baseball card terjual di eBay setiap 2 saat
  • TV dan permain audio terjual di eBay setiap 4 saat
  • Peralatan hardware terjual di eBay setiap 4 saat


Sumber: eBay, 2019

Data di atas ingin menunjukkan bertapa tingginya potensi menjual di platform eBay ini dan amat rugi jika anda memang merupakan seller online namun tidak cuba untuk explore laman ecommerce ini.

Jom saya tunjukkan lagi antara potensi jualan di eBay hanya dengan menggunakan contoh yang mudah difahami dan very familiar dengan masyarakat Malaysia.

Jom kita buat kira-kira


Saya menggunakan contoh produk yang mudah didapati di Malaysia dan berjaya terjual di eBay.


Harga ikan bilis di Malaysia dalam lingkungan RM15.50 untuk 500g yang sudah siap dikopek. Harga ini saya rujuk di shopee (Julai, 2019).

Seller eBay di atas menjual dengan harga USD20 untuk 450g iaitu dengan kuantiti yang sama, kos di Malaysia hanyalah RM14 sahaja.

USD20 x 4.2 (tukaran matawang USD - MYR) = RM84

Dan seller di atas dah berjaya menjual sebanyak 137 order. Andaikan kesemua order tersebut adalah untuk 450g, maka beliau telah membuat jualan sebanyak RM84 x 137 = RM11,508! Hanya menjual ikan bilis.

Kira Untung Hasil Jualan di eBay


Kos ikan bilis = RM14
Kos penghantaran (flexipack) = RM25
Kos eBay & paypal = RM12.6
Harga jual RM84 - RM14 - RM25 - RM12.6 = RM32.4

Keuntungan sebungkus 450g ikan bilis yang dijual di eBay adalah RM32 ringgit. Jika anda boleh jual lebih dari itu? Cuba buat kira-kira sendiri. Pendapat saya, bagi seorang newbie, nilai RM30 itu suatu nilai yang tinggi sebenarnya.

Actually, banyak lagi contoh-contoh produk tempatan lain yang boleh dijual dengan harga yang tinggi di eBay. Contoh ikan bilis ini hanya untuk memberi gambaran potensi dan sedikit info kira keuntungan bagi sesuatu produk yang terjual.

Terdapat banyak lagi info yang perlu newbie pelajari seperti membuat "research" produk-produk yang confirm laku di pasaran US, UK, formula mengira kadar keuntungan sesuatu produk, cara memproses tempahan dan macam-macam lagi.

Terbuka Minda Menjual di eBay


Saya percaya artikel ringkas ini dapat membuka minda sesiapa sahaja untuk mula belajar dan membina perniagaan menggunakan platform eBay.

Perlu di ingat, bisnes di eBay bukan bisnes cepat kaya. Ia seperti perniagaan lain juga yang mempunyai cabaran yang tersendiri dan perlu dibina perlahan-lahan sehingga bisnes menjadi besar.

Sebagai contoh, setelah anda berjaya menjual di eBay, apa skill yang diperlukan untuk mengelakkan akaun anda dari kena suspend (masalah paling common).

Hanya seller yang pernah berniaga di eBay dan pernah merasa kena suspend sahaja yang faham keperitan kena suspend dan struggle untuk bangun semula dari zero.

Saya akui, memang ada banyak cara untuk belajar dan membina bisnes di eBay. Salah satunya dengan belajar melalui artikel dan video di Internet.

Anda juga boleh explore sendiri dengan cara bereksperimen, tapi serius ia sangat mengambil masa dan mungkin terdedah kepada risiko di "gantung" oleh pihak eBay. Namun tidak mustahil anda boleh berjaya melakukan sendiri.

Ingin Belajar eBay Secara Serius?


Jika anda ingin belajar lebih cepat dan mudah, anda perlu kenali Tuan Farhan. Beliau merupakan seller eBay sepenuh masa sejak 2014 dan telah menjana income puluhan ribu sebulan.


Beliau juga aktif dalam memberi latihan kepada mereka yang berminat secara serius membina perniagaan di eBay.

Jika anda berminat untuk belajar seperti rakan-rakan lain, anda boleh memilih samaada untuk mendapatkan ebook panduan export mudah atau join bengkel yang diadakah setiap bulan di Segamat, Johor.


Post a Comment

0 Comments