Recents in Beach

Berapakah modal untuk memulakan bisnes di eBay?

modal-memulakan-bisnes-di-eBay

Setiap kali sesuatu bisnes diperkenalkan, soalan paling popular adalah..


Ada modal ke? Berapa modal?

Macam tu juga untuk bisnes eBay. Ramai yang bertanya berapa modal untuk start bisnes di eBay.

Jawapan saya macam ni.


Untuk pemula a.k.a newbie, saya mencadangkan mengeluarkan kos yang seminima mungkin. But.... Sebelum mengeluarkan kos, ada satu step yang lebih penting.

Belajar membuat "KAJIAN PASARAN".

Tujuannya adalah untuk "identify" produk apa yang ramai orang beli di eBay. Cari produk yang ada permintaan yang tinggi.

So aktiviti kajian ini akan mengelakkan anda kerugian dari menjual barang yang tiada permintaan. Faham kan? So kalau anda nak tahu cara untuk buat kajian produk hot di eBay, anda boleh belajar dari panduan ini.

Secara ringkasnya, proses memulakan bisnes eBay adalah seperti ini:

1.Research Market


Anda hanya perlu ikut steps yang diajar dalam panduan export mudah berkenaan cara nak melakukan kajian pasaran. Seterusnya cari produk yang mempunyai jumlah jualan "SOLD" yang tinggi.


jual-mosquito-repellent-fumakilla-di-eBay

Produk di atas merupakan antara yang mendapat permintaan tinggi. Jika anda survey di kedai runcit, harga untuk produk di atas adalah dalam lingkungan RM8.90 sekotak.

2.Listing Produk


Apabila anda sudah jumpa produk yang ada permintaan di eBay, anda perlu listing produk itu di eBay. Setelah siap listing, biarkan dan continue lagi untuk listing produk lain pada hari berikutnya.

listing-eBay

Perhatian

Untuk newbie, sila beli 1 atau 2 unit produk yang anda telah kenalpasti ada permintaan. Keluarkan modal untuk awal-awal ini sahaja. Ini kerana sejak kebelakangan ini pihak eBay akan meminta bukti resit produk yang anda listing. Ini untuk mengelakkan scam di dalam platform eBay. So be prepare awal-awal.

3. Apabila Produk Terjual


Selepas produk anda terjual di eBay, anda akan menerima notifikasi yang memberitahu produk anda telah terjual di email yang anda telah daftar. Ini contoh email yang dihantar oleh eBay:

sold-eBay

4. Check Pembayaran di Paypal


Seterusnya, anda perlu periksa di akaun Paypal berkenaan pembayaran bagi produk yang terjual. Anda boleh rujuk akaun Paypal seperti gambar dibawah:

paypal-eBay


Note: Akaun Paypal ini wajib ada kerana ia digunakan untuk transfer duit daripada Luar Negara ke akaun bank kita di Malaysia.

Perhatian

Untuk newbie, eBay akan hold duit yang anda terima selama 21 hari. Ini biasa untuk orang baru. So jangan terkejut kalau duit tak masuk-masuk dalam bank. eBay suruh bawak mengucap banyak-banyak.

5. Bungkus Parcel


Saya menggalakkan anda menggunakan khidmat Pos Malaysia iaitu Flexipack International. Untuk parcel 250gm harganya just RM20 sahaja.

flexipax-pos-malaysia

Selain parcel flexipack, anda juga perlu beli tracking number. Ya, Pos Malaysia menjualnya berasingan. Tujuan nya tak lain tak bukan untuk memudahkan anda dan pembeli untuk membuat semakkan online status penghantaran.

tracking-flexipack

2 Jenis Tracking

Ada 2 jenis tracking yang anda boleh beli. Tracking yang berharga RM4.50 (hanya boleh tracking delivery sampai KLIA sahaja). Tracking yang berharga RM9.50 (boleh tracking delivery sampai ke Luar Negara).

Tulis detail yang diperlukan untuk postage.

hantar-pos-ebay


6. Pos Parcel


Hantar parcel tersebut ke Pos Malaysia berhampiran dan serahkan di kaunter. Tak perlu buat sebarang bayaran lagi kerana anda sudahpun membeli sampul parcel flexipack international berharga RM20 dan Tracking RM4.50.

Selesai proses order eBay


Jadi,

Berapakah modal untuk memulakan bisnes di eBay? Jawapannya, seminima mungkin dan ianya bergantung pada hasil "research" yang anda telah lakukan.

Senang ke susah bisnes di eBay?… Kacanggg…

Untung ke Rugi bisnes di eBay?.. Beli di kedai runcit harganya RM8.90 dan jual semula di eBay USD17.90 = (RM72.00)

parcel-flexipack-eBay

Ini hanya 1 contoh item sahaja yang saya tunjukkan kepada anda. Bayangkan jika anda mampu menjual 30 jenis item/produk yang sama di eBay? Berapa keuntungan? Sehari sahaja anda boleh buat duit dalam RM300 hingga RM500.




Sekian, semoga artikel ini bermanafaat kepada anda.

p/s : Kalau anda ada sebarang pertanyaan tentang bisnes di eBay, anda boleh whatsapp saya di sini: Hubungi saya sekarang

Kredit: usahawanonline.net

Post a Comment

0 Comments